Tuesday, 11 June 2013

Konvensi Hak Anak dalam Photo

SUHAKAM






Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".

Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.


Artikel Hak Asasi Manusia Menurut Perlembagaan Malaysia

Artikel 1 Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan hak
Artikel 2 Bebas daripada diskriminasi
Artikel 3 Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
Artikel 4 Bebas daripada diperhambakan
Artikel 5 Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.
Artikel 6 Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.
Artikel 7 Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang
Artikel 8 Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah
Artikel 9 Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab
Artikel 10 Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka
Artikel 11 Hak dianggap tidak bersalah sehingga dibukti salah
Artikel 12 Bebas daripada diganggu kediaman, keluarga dan surat-menyurat
Artikel 13 Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara sendiri
Artikel 14 Hak mendapat perlindungan untuk pelarian
Artikel 15 Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara
Artikel 16 Hak untuk berkahwin dan perlindungan untuk keluarga
Artikel 17 Hak memiliki harta
Artikel 18 Kebebasan kepercayaan dan agama
Artikel 19 Kebebasan pendapat dan informasi
Artikel 20 Hak berhimpun secara aman dan persatuan
Artikel 21 Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan Kemudahan awam
Artikel 22 Hak keselamatan sosial
Artikel 23 Hak untuk bekerja dan mendapat upah yang setimpal
Artikel 24 Hak berehat dan bercuti
Artikel 25 Hak untuk taraf hidup yang sempurna untuk kesihatan dan keselesaan
Artikel 26 Hak mendapat pendidikan
Artikel 27 Hak mengambil bahagian didalam kehidupan bermasyarakat
Artikel 28 Hak untuk order sosial yang menjamin hak asasi manusia
Artikel 29 Bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam perkembangan individu
Artikel 30 Kebebasan daripada campurtangan mana-mana pihak yang boleh memusnahkan hak dan kebebasan yang tersenarai .

Lagu mengisahkan tentang Peristiwa Sabra & Syatila

BALADA SEORANG GADIS KECIL - ZUBIR ALI

Gadis kecil itu telah bertahun 
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

17 September 1982, Peristiwa Hitam Sabra & Syatila


                            

Anggaran mangsa yg terlibat adalah berbeza-beza. Menurut laporan perisikan Amerika ia dianggarkan dari jumlah 800 hingga 1000 orang yg syahid, akan tetapi saksi-saksi yg terdiri dari para wartawan dan mereka-mereka yg terselamat dari tragedi tersebut bersetuju tanpa berbelah bagi bahawa jumlah mereka yg syahid dianggarkan diantara 2,000 sehingga ke 3,000 orang.

Jika terdapat perbezaan diantara bilangan mangsa tragedi, maka sudah pasti bahawa kubur para syuhada' di Syatila dan Sabra yg bertempat di Khemah Selatan TIDAK mengandungi semua mereka-mereka yg syahid, tetapi ia hanya mengandungi mayat-mayat yg tidak ditanam sebelum perkara ini diketengahkan.



"Pembunuhan yg drastik selama 38 jam tidak mengenal antara lelaki dan perempuan, atau diantara orang-orang tua dan kanak-kanak. Ia merupakan satu tragedi pembunuhan yg dirancang oleh hati yg busuk/sakit Menteri Pertahanan Israel pada masa itu, Ariel Sharon. Begitu juga dengan pembunuh kejam Elie Hebaika, Presiden Sistem Keselamatan pasukan Tentera Lebanon. " 


Peristiwa memilukan yang tidak mungkin terhapus dari ingatan, pembantaian 16 September 1982, masih segar dalam memori warga Palestin yang penuh dengan penderitaan dan sarat dengan bencana dan kemunduran, kerana penjajah Zionis masih bermaharajalela sehingga sekarang. Ariel Sharon dan tenteranya melakukan pembantaian paling biadab terhadap penghuni perkhemahan pelarian Palestin di kawasan Shabra dan Syatila di Libanon. Ribuan nyawa melayang di tangan makhluk-makhluk kejam. Tempat-tempat tinggal dirobohkan, sementara para penghuninya ada di dalamnya. Ini bukan sahaja buat pertama kali didalam sejarah rakyat Palestine tetapi ia merupakan sejarah dunia.


Pada 16 September, pada tahun 1982,
Tragedi tersebut telah berjalan menurut yg di rancangkan: Pasukan Brigade memecah masuk ke dua kem-kem tersebut bersama-sama dengan askar-askar penceroboh (Israel), menghalang mereka dari meninggalkannya atau masuk kedalamnya, sambil askar-askar tersebut melancarkan ledakan bom-bom yg memancar-mancar sebagaimana kehendak misi Bridge tersebut.

"Setelah tragedi tersebut, pemandangannya sangatlah menyayatkan hati : longgokkan kepala kanak-kanak....Mangsa-mangsa keganasan bersepah-sepah di merata-rata tempat.... pembunuhan sekeluarga mangsa yg sedang menikmati hidangan malam.... yg lain di bunuh diatas katil kepunyaan mereka. Mangsa-mangsa adalah dari orang-orang awam yg terdiri dari kanak-kanak, orang perempuan dan orang-orang tua."

                                      

Shabra dan Syatila setelah penyerbuan Israel
Israel mulai meninggalkan Beirut tak lama setelah berita tentang pembantaian itu menyebar. Perlindungan kamp-kamp itu dipercayakan kepada Italia. Setelah sejumlah serangan atas pasukan penjaga perdamaian, Italia meninggalkan Lebanon. Keamanan kamp-kamp itu kemudian dipercayakan kepada milisi Amal.
Shabra dan Syatila di Pengadilan Belgia
Setelah terpilihnya Sharon pada tahun 2001 sebagai Perdana Menteri Israel, kaum keluarga para korban pembantaian ini mengajukan tuntutan di Belgia dan menuduh bahwa ia secara pribadi bertanggung jawab atas pembantaian-pembantaian itu, dengan menggunakan undang-undang yang pertama kali digunakan terhadap mereka yang terlibat dalam Genosida Rwanda. Mahkamah Agung Belgia memutuskan pada 12 Februari 2003 bahwa Sharon (dan mereka yang terlibat lainnya, seperti Jenderal Yaron dari Israel) dapat dikenai tuntutan di bawah tuduhan ini. Israel mengklaim bahwa tuntutan ini dilakukan dengan alasan-alasan politis.
Sebuah kasus lain diajukan di Belgia yang menyatakan bahwa Presiden George H. W. Bush dan Menteri Luar Negeri Colin Powell bertanggung jawab atas kejahatan-kejahatan perang dalam Perang Irak pertama. AS mempertanyakan yurisdiksi pengadilan Belgia untuk mengadili kejahatan-kejahatan perang yang dilakukan di tempat lain, dan meminta sekutu-sekutu Eropanya untuk menekan Belgia serta mengancam untuk memindahkan markas besar NATO dari Belgia. Selain itu sejumlah kasus lainnya terhadap para pemimpin dunia, seperti Fidel Castro, Augusto Pinochet, dan Yasser Arafat, juga diajukan di pengadilan Belgia, hingga menimbulkan sejumlah masalah diplomatik. Akhirnya Belgia mengamandemen hukumnya dan menyatakan bahwa pengaduan-pengaduan hak asasi manusia hanya bisa diajukan apabila korban atau tertuduhnya adalah warga Belgia atau sudah lama menjadi penduduk negara itu pada waktu kejahatan yang dituduhkan itu terjadi. Parlemen Belgia juga menjamin kekebalan diplomatik bagi para pemimpin dunia dan pejabat pemerintahan lainnya yang berkunjung ke negara itu.
Elie Hobeika, komandan Falangis pada waktu pembantaian itu tidak pernah diadili dan ia memegang jawaban menteri di pemerintahan Lebanon pada tahun 1990-an. Ia dibunuh dengan sebuah bom mobil di Beirut pada 24 Januari 2002, sementara ia bersiap-siap untuk memberikan kesaksian dalam sebuah peradilan Sharon.
Pada 24 September 2003, pengadilan tertinggi Belgia menolak pengaduan kejahatan perang terhadap Ariel Sharon, dan menyatakan bahwa pengaduan itu tidak mempunyai basis hukum untuk dijadikan tuntutan.

Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil