Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di
bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut
telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada
24 April 2000.Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia"
sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam
Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi
manusia;
Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan
dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang
hak asasi manusia;
Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
No comments:
Post a Comment